Monday, December 7, 2009

HaDiAH..12th NoVeMBer 2009

Pengalaman…pengalaman mengajar erti keberanian dan kehidupan..hadiah ini begitu bermakna bagi aku yang boleh membuat ku tersenyum meniti hari..pejam celik hari yang ditunggu dah tiba…aku dapat intibiu lagi…yes2..DH29..Lecturer lah konon..aku suka minat nak mengajar sebab aku suka bercakap di depan…dan ingin menunaikan impian ibuku yang mahukan salah seorang dari anaknya menjadi tenaga pengajar..Insyaallah…

Dapat surat tawaran pada 12 November 2009 – ibuku col dari klang, aku terkejut, cube bertenang…ibu dan ayah hepi sangat…tak sangka ini hadiah harijadi ku…Alhamdulillah..

2 minggu persediaan – fikiran bercelaru..banyak benda nak wat time tu..kursus kat melaka lagi, kenduri kahwin, bertunang lagi..pening2….grrrrr….pas kursus aku trus pulun habis cari maklumat untuk persediaan…Bismillahirahmanirrahim….

Hari yang dinantikan – kuar awal 6.45 pagi sampai JPM kul 7.10 pg..awalkan?...senang utk parking..paham2 jelah putrajaya…tibe2 perut sakit nak membueng…hehhehe…cepat2 lari ke guard JPM..amek pas…tapi tak leh masuk lagi, tunggu 7.45 pagi..hampeh…lama2 sakit perut dah ilang sebab aku borak2 ngan rakan2 seperjuangan di situ…pastu aku daftarkan diri dan 8.05 aku dipanggil masuk untuk intibiu…

Intibiu bermula – perkenalkan diri (perfect 100%), Fungsi dan Agensi KPT (perfect 100%), pendapat bagi orang yang tak bayor PTPTN (perfect 100%)…nasib aku tak amik PTPTN..hehehhe…berhujah macam KSU aku nie…gaggaga…soalan teknikal ni aku lupa nak study..mampos…cara nak wat roti..nasib baik mudah..aku pun pulun jelah mana yang terlintas kat kepala nie..nasib betul cume terms2 bakery tak tepat..relaks lagi…cool…n then dier tanya aku ttg housekeeping..yang nie..aku laju giler jawab..aku keje hotel dulu..supervisor..mesti expert…(perfect 100%)…

Ramah mesra – Panel temuduga tanya “awak kenal saya?”..terkejut aku..dengan selamba aku jawab “macam kenal tapi tak ingat kat mana”..rupa2nya..panel tu adalah ketua jabatan aku kat Poli dulu..dia yang sain aku punya transkrip..mak aih….aku trus minta maaf dengan gentle nyer…dalam hati aku, nasib aku tak kelentong banyak kat dier…gagagga…Amin….

Selesai – aku terus keluar, cepat2 g kat kete..lek opis..banyak keje menunggu..pening2..sampai je kat guard…panel tu col aku balik..alamak???????..aku de wat salah ker….mcm2 kat kepala nie…aku pun patah balik…kaki sakit pakai kasut tumit tinggi dan bertutup of course…sampai jer..aku tenang dan panel soh aku masuk…panel tu tetibe jujur ngan aku…tak penah aku di temuduga macam nie…katanya aku berkebolehan dan minat nak amek aku tapi aku tak confident sebab bakery..roti tak naik…malu aku ngan anak murid aku nnt…n then panel tu nak aku ditemuduga di bilik no.8 untuk DH41 bahagian Housekeeping…tapi panel 8 kata untuk degree sahaja..aku ader diploma je..hmmmm…dalam hati aku..”eh, tak yah lah intibiu today lagi”..fikiran dah kat opis dah ni..last2..tak jadi intibiu DH41 tu..anyway panel tu kata dier akan KIV aku nanti..if de kosong aku akan terpilih..katanya..gaggaga..kalo ader masa lagi amek degree…bile lah agaknya..pikir2…

Lega dan trus keluar..walaupun aku dapat KIV je tapi aku hepi.selepas intibiu gred 29, aku tahu aku berkebolehan dan pasni aku lebih yakin untuk g intibiu lagi bagi jawatan yang besar…aku gembira..

Terima kasih pada ibu dan ayah…Kwn bek aku ‘EL’ yang banyak memberi sokongan dan tahu segala perjalanan hidup suka dan duka aku..TQ…

Akhir sekali setelah semua selesai…aku bertawakal kepada Allah..jika ini rezeki aku…Allah akan beri..jika tidak..Dia akan beri yang lebih baik untuk aku…

Nasihat aku – kalo de intibiu ke ape ke..g je..tak yah piker banyak…semua itu pengalaman…cedoklah seberapa banyak pengalaman yang ader di dunia ini kerana ianya mengajar kite erti kehidupan sebenar…

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.